.: FoLLoWer :.

Sabtu, 21 Mei 2011

::: ALLAH s.w.t Tahu :::


بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah swt tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah swt sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja…………  Allah swt sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman- temanmu terlalu sibuk untuk dirimu…
Allah swt selalu berada di sampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah swt punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Allah swt dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah swt sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah swt telah memberkatimu
Ketika segala sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah swt telah tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah swt sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu….
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap…
Allah swt tahu…
Cukuplah Allah sahaja yang mengetahui…


2 ulasan:

  1. “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah 2:214)

    BalasPadam
  2. yea, btol.. syukran jazilan ukhti ummu nuha.. =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...