.: FoLLoWer :.

Sabtu, 5 Februari 2011

Siapa sangka

Siapa sangka

foward 100% from blog http://muslimahmarsi.blogspot.com/:


 Salam...


Siapa sangka, ketika mencari rezeki dengan niat untuk membantu keluarga kejadian malang telah berlaku. Itulah nasib saudara Muhamad Hairuman bin Miskon. Aku terpanggil untuk republish ataupun share dengan rakan-rakan mengenai ini kerana aku terasa dekat dengan hal ini..aku berasa sangat sedih dengan keadaan dan situasi yang dialaminya.

Ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. Malang sememangnya tidak berbau kan.. Mintak simpang kepada pemotong buah kelapa sawit yang lain..


Bukti adalah seperti gambar di atas. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak sanggup nak letak. Cukuplah sekeping gambar yang boleh ceritakan penderitaan sebenar mangsa.


Bawah ni artikel yang den copy paste dari blog ni: TERATAK KASIH .Semoga korang tak ragu-ragu dengan kisah saudara Hairuman ni..

hampir keseluruhan tubuh badannya melecur dan amat mustahil untuknya menjalani kehidupan seharian buat masa terdekat ini. jadi, beliau memerlukan bantuan kalian... ya... bantuan kewangan bagi meringankan bebanan untuk menampung kos perbelanjaan perubatan serta keluarganya..




mengapa?


Hairuman merupakan anak ke-4 daripada 6 beradik yang mana dua orang daripada kakanya adalah OKU dan mereka semua adalah anak yatim piatu. kedua ibubapa Hairuman telah meninggal dunia sejak beliau berusia 5 tahun lagi. kakaknya membantu suaminya menjual buah manakala Hairuman pula bekerja keras dengan bekerja di kilang serta menjadi pemungut kelapa sawit. ketekunannya bekerja amatlah dikagumi... tapi,


malang tidak berbau...


ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. bukti juga ada di ABU NUHA CORNER jika korang rasa ragu-ragu dengan perkara ini...


Mohon jasa baik pembaca sekelian, bantulah saudara Hairuman meringankan beban yang ditanggung. Hulurkan bantuan kewangan walau cuma RM1 kepada tabung bantuan untuk kos rawatan saudara Hairuman ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua...


Kakak Hairuman -Maryuni Bt Miskon
No telefon: 0183807867


No Akaun :
162030632448 Maybank (sedang dikemaskini)
12570000203529 CIMB


Alamat:
No 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor


Semoga saudara Hairuman tabah dan sabar dengan ujian-Nya. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau diberi kesembuhan (jika itu yang terbaik). InsyaAllah...

Always be there with lyric by maher zain [HQ]

Always Be There
by: Maher Zain



Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Khamis, 3 Februari 2011

Part 2: Rahsia Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)

SaKiT.... kUatkaH kita... mUSIBAH atau UjiaN??

Salam... pada 10/12/2010, saya telah pulang ke Terengganu iaitu tempat asal ibu dan ayahku.... saya pulang kerana nenekku atau ibu kepada ibuku sakit. Saya pulang bersama ibu dan adik lelaki. Ayahku pula bertugas dikelantan terus pulang ke terengganu pada hari tu juga. ketika itu nenekku masih lagi sihat a.k.a. tak teruk sangat... tetapi pada keesokkan harinya selepas ahli keluarga datang menjenguk nenekku... malam itu, nenekku jatuh sakit, sebelum ambulans tiba dalam keadaan menangis, nenekku sempat mengagihkan wang hasil padi kepada ibu, katanya dia bimbang dia tidak sempat memberikannya kepada ibuku malah nenekku juga memberi aku kain batik... keesokkan harinya sebelum pulang ke Perak, saya pergi melawat nenekku di wad. Walaubagaimanapun, pada hari ini iaitu hari isnin nenekku menjadi tenat.. akhirnya, pada hari selasa iaitu 14/12/2010 nenekku telah pergi ke rahmatullah... Yea, kata doktor punca kematian nenekku hanyalah disebabkan racun tikus sudah merebak ke dalam seluruh badan nenekku. Perkara ini berlaku apabila nenekku digigit tikus pada 28/11/2010. Ajal tidak mengira punca, tempat & masa. tetapi Alhamdulillah.. saya bersyukur kerana sekurang2nya saya sempat menjaga nenek saya disaat-saat terakhir. malah ibu juga sempat menjaga nenek dihospital sehinggalah nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir.. sayang sekali saya tidak dapat berada disitu ketika arwah nenek meninggal..



Nenek meninggal dunia pada jam 1 lebih tengahari di hospital. sehari sebelum nenek meninggal, ibuku bersama-sama adik lelaki dan kakakku bertolak dari rumah jam 9 malam untuk pulang ke terengganu. alhamdulillah ibuku sempat, sebelum nenekku meninggal pada waktu tengahari, nenekku pengsan seharian. sehinggalah takdir ALLAH, nenekku sedar semula dan mahu menunaikan solat zohor.. waktu itu juga kata kakakku, kebetulan masa melawat dan semua adik-beradik ibuku ada disitu.. nenekku meninggal secara baik, alhamdulillah iaitu ketika menunaikan kewajipan kepada ALLAH, solat zohor. Walaupun pada hakikatnya saya sedih kerana lambat beberapa jam untuk bersama-sama mengkebumikan nenekku namun kesedihan itu terubat apabila memikirkan bahawa sekurang-kurangnya ALLAH sudah bagi peluang kepadaku untuk menjaga nenekku walaupun dalam masa yang singkat.. bersyukurlah.. alhamdulillah.. kakakku ceritakan kembali bahawa raut wajah arwah sangat tenang dan kelihatan seperti tersenyum sebelum arwah dikafankan. Moga-moga arwah dicucuri rahmat dariNYA.



sekadar perkongsian luahan hati ini. seperkara lagi selain dari cerita perihal sakit ni, kelebihan orang yang menghafal ayat-ayat suci ALLAH iaitu al-Quran, insyaALLAH potensi untuk menjadi nyanyuk ketika tua adalah tipis. perkara ini boleh dibuktikan menerusi kajian saintifik iaitu berkenaan dengan neuron dalam otak. Bilangan neuron tidak akan bertambah tetapi boleh dikekalkan bilangannya. Teringat ketika di matrik perak, Pn Hayati, pensyarah biologi saya memberi tips iaitu untuk mengekalkan bilangan neuron atau mengelakkan dari neuron terencat atau mati, kita perlu rajin membaca dan menghafal ayat-ayat suci al-Quran. Perbuatan mengulang seperti hafalan akan membantu mengaktifkan neuron-neuron itu.. indahnya Islam. Arwah nenek walaupun sudah mencecah umur 90 tahun tetapi masih tidak nyanyuk malah boleh mengajar anak-anak penduduk kampung apal mengaji al-Quran. Jadi seharusnya kita yang masih segar dan sihat serta muda ini mengambil peluang yang ALLAH beri kepada kita untuk mencintai, mendalami & menghayati keindahan ayat-ayat suci, kalam ALLAH, al-Quran.


Berbalik kepada topik kita iaitu SaKiT.... kUatkaH kita... mUSIBAH atau UjiaN?? Baiklah sahabat-sahabat, dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar. OK, saya ingin berkongsi topik ini dengan merujuk dari website, I LUV ISLAM, masih berkaitan perihal sakit. Apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi. Malah hikmah kepada nikmat ALLAH datangkan sakit ini adalah sebagai penguat diri kita. selain itu, sakit juga adalah sebagai pengahapus dosa atau kifarah dosa. perkara ini dapat dibuktikan menerusi hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda". ujur Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Selain itu apa yang saya dapat dan boleh dikongsikan bersama tentang apa yang saya baca dan dapat melalui blog, http://noura12.blogspot.com, Sahabat ini menceritakan bahawa sakit adalah kifarah dosa, ianya dapat dikukuhkan dengan:

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan TirmidziII/286).


Oleh itu, jika kita mendapat sakit, maka janganlah kita terus melenting tanpa memikirkan sebab dan hikmah ALLAH mendatangkan kesakitan kepada kita. Sesungguhnya sesuatu perkara itu terjadi bukanlah sia-sia. Wallahu'alam.

Rabu, 2 Februari 2011

Cinta tarbiyyah da'wah, hatiku milikmu ^_^

Part 3

Tok!Tok! “Assalamualaikum...” Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk.
" Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
" Saya Banna..Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri.
" Kenal...selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!"
" Mmm...awak?"
" Aku Fathil." Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
" Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.
" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,". Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.
" Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat. Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak? Bolehlah bang...plizzzzzz...luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya.
“Umar sedang bercinta?” hatinya sukar menerima. Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
“Tertinggal agaknya...” Banna memandang Fathil dengan senyuman.
''Dia tak bangun lagi ke?'' Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
''Emm..tak lagi!'' balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
''Woii, bangunlah....kawan kau datang ni!'' tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
''Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni,'' leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
''Err, nak ke mana tu?'' Banna sempat bertanya.
''Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah...'' Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
''Chow dulu...'' Fathil melemparkan senyuman ramah. (Bagus dia, mudah masuk ngan orang...) hati Banna memuji Fathil. Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara.Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da'wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap-melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
“Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro... Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!”
''Banna, ana ada hal lah esok,'' Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
''Hal apa yang lebih penting dari smart group?''
''Err...nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,'' Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
''Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..'' Banna menawarkan pertolongan.
"Eh, tak yah lah...ana boleh buat sendiri,'' Umar menolak.
''Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. InsyAllah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat assignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!''
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group...)
''Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!'' Banna melontarkan persoalan.
''Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,''
''Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok...''
''Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,''
''Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,''. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
“Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah...aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro..” Umar bermonolog.
''Ana dah tukar sim card'' jawab Umar bersahaja.
''Kenapa tak inform?''
''Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.
''Kenapa ni Umar? ''hairan Banna dibuatnya.''Ntah?!Bosan...''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
''Bosan? Bosan dengan apa?''
''Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah...ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah...ahh, meluat!'' terpacul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh...biarkan...biarkan...dah lama benar ia terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi. Banna terpaku. (Benarkah apa yang aku dengar ini?Alam nyata ke ni?)
''Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap. (Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)''Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu..... diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,''
Banna menyambung lagi, ''Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?''
''Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
''Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam. (Ahhhhhhhhh....bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
''Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
''Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr Azmin,''
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
''Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni...'' Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
''Takpelah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,''
Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling. (Adik dia kot...) hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka. (Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah....) hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah. Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
Bersambung...

Binnabil Huda

Binnabil Huda

waHAi sahabat2 yg dikasihi ALLAH semua...
Mari bERselawat kpd RASULULLAH s.a.w.... nAbi kita yg tercinta....

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: UNIC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...